Thursday, February 4, 2010

Belajarlah cara membina website..

Salam sejahtera.. =)

Disini saya ingin berkongsi mengenai beberapa kelebihan jika kita mempunyai pengetahuan membina website.

1. Anda mendahului orang lain dalam proses menyampaikan maklumat dan idea sendiri kepada para pelanggan. Jika anda anda adalah leader yang hebat kerana jika anda mempunyai maklumat terkini, ianya dapat disebarkan didalam website anda lebih dahulu daripada orang lain. Maka anda merupakan orang pertama dapat menyambar apa jua peluang yang ada.

2. Anda boleh mengambil upah membina website. Bukan murah ambil upah buat website. Untuk pengetahuan anda, saya sedang dalam proses menyiapkan satu laman web untuk satu agensi kerajaan. Nak tau berapa upahnya? RM15000 termasuk sistem pengurusan.. Tapi sayangnya saya memberikan perkhidmatan itu secara percuma kerana itu merupakan projek akhir tahun saya. Kalau laa betol- betol saya ambik upah, dah tentu paling kurang pun saya dah dapat gunakan duit itu untuk mengisi duit poket saya selama 1 semester pengajian di universiti. Itu website yang susah sikit, kalau setakat empat lima ratus dan boleh dibuat dalam masa sehari dua, memang ramai pelanggan itu itu, anda hanya kena pandai mencari mereka. Memang ramai!

3. Anda boleh buka kelas mengajar membina website. Anda boleh tanya pendapatan guru-guru yang mengajar membina website ini, busuk2 pun sebulan boleh dapat lima enam ribu. Kalau buat fulltime lagi banyak duit.

Pendapatan kesemuanya sudah memadai untuk beli duit dapur. Belum dikira dari pendapatan program affiliate lagi.

Sekarang nak belajar sudah menjadi mudah, website percuma sudah disediakan. Masuk kedalam rumah anda lagi.. jadi untuk permulaan belajarlah.

Untuk yang dah pakar membuat website, satu perkara yang sering terjadi, website cantik tapi orang tak masuk. Kerana apa, sebab konsep website itu sendiri mungkin ada kesilapan.

Cuba anda masuk kedalam alexa.com dan lihat website-website yang ramai pengunjungnya. Kenapa website itu ramai pengunjungnya? Satu hari berjuta orang masuk kesitu.

Lihat website yang paling tinggi rankingnya:
1. Google
2. Facebook
3. Yahoo
4. Youtube
5. etc

Apakah sifat2 website ini yang menyebabkan ramai pelawatnya?

1. Pertama PERCUMA
2. Kedua BERGUNA

Jika website anda mempunyai 2 sifat ini, saya yakin dengan sekelip mata website anda akan menjadi tumpuan ramai.

Jadi, perah otak anda untuk mencipta website yang percuma dan berguna pada orang ramai. Apabila website dah tinggi trafficnya maka pandai2 lah nak menggunakan untuk mencari sedikit keutungan dari situ.

Pelajari cara membina laman web secara MUDAH, CEPAT dan yang paling penting ianya PERCUMA di http://zambizs.ws/sekolahpercuma.html. Isikan nama dan email anda dan anda akan dapat tips2 dan panduan perniagaan internet secara percuma dari saya. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment